KEDAP
bermaksud Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi. Program KEDAP merupakan
salah satu program Kementerian Pelajaran yang melibatkan sekolah 100%
terdiri daripada murid Orang Asli dan Penan serta Pribumi. Program KEDAP
mula dilaksanakan pada tahun 2008 secara berperingkat. Program KEDAP
dilaksanakan dengan objektif :-
- mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan dan Pribumi
- membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan
- membantu anak-anak meningkatkan pencapaian akademik
- menggalakkan anak-anak ke sekolah bagi mengurangkan masalah keciciran dan ponteng sekolah
Program KEDAP mula dilaksanakan di SK Kampung Senta pada tahun
2009. Pelajar-pelajar KEDAP adalah terdiri daripada ibu bapa murid Orang
Asli SK Kampung Senta yang buta huruf dan tidak menguasai 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Tenaga pengajar KEDAP juga terdiri
daripada guru-guru SK Kampung Senta iaitu seramai empat orang. Guru-guru
KEDAP menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan
kurikulum dan modul yang telah disediakan. Program KEDAP dilaksanakan
pada waktu petang selepas tamat urusan persekolahan harian.
Pelaksanaan
program KEDAP ini juga dapat membantu ibu bapa murid Orang Asli dan
Pribumi menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta dapat
menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan demi masa depan
anak-anak mereka. Ibu bapa murid Orang Asli dan Pribumi yang
mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan dapat memberi
motivasi dan dorongan kepada anak-anak mereka supaya dapat meneruskan
pelajaran sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Dengan itu, mereka
juga dapat membantu anak-anak mereka meningkatkan pencapaian akademik,
mengurangkan kadar keciciran dan masalah ponteng sekolah dikalangan
murid-murid Orang Asli dan Pribumi.
Aktiviti-aktiviti KEDAP 2012 :-
|
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN |
|
AKTIVITI KUMPULAN |
|
LATIHAN PERSEMBAHAN |
Bagus kelas KEDAP yang diadakan di sekolah orang asli nie...dpt mencelikkan komuniti setempat...teruskan usaha...
ReplyDeleteye, betul tu cikgu Rihan. Dengan adanya kelas KEDAP nie adala perubahan terutama dari segi kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka. Walaupun saya rasa penat gak nak mengajar kelas pagi, kelas bimbingan tahun 6 dan KEDAP tapi berbaloi. semoga bangsa kita semakin maju setanding bangsa lain yang ada di Malaysia nie.
ReplyDelete